Penglibatan dalam Persatuan Kembara Khazanah Jennifer_Hsing

Pada 10 Disember 2018, Jennifer Hsing menyertai pembentukan Persatuan Kembara Khazanah bawah pimpinan Presiden Persatuan, saudara Chua Jian Boon.

Jennifer Hsing juga merupakan pelukis terkenal dimana beliau sentiasa mehantar lukisan berkaitan watak utama, Mark dalam Kembara Khazanah di Twitter dan Instagram.

Selain aktif dalam Persatuan Kembara Khazanah, beliau juga aktif dalam kelab sekolahnya.

Pegawai Kanan Hal Ehwal Pentadbiran

Pada 20 Januari 2020, saudara Chua Jian Boon melantik Jennifer sebagai Pegawai Kanan Hal Ehwal Pentadbiran Presiden Persatuan Kembara Khazanah.

Bidang kuasa Pegawai Kanan Hal Ehwal Pentadbiran adalah membantu Presiden dalam urusan Persatuan ketika Chua Jian Boon mempunyai urusan dalam parti beliau iaitu MCA.

Pengerusi Persatuan Kembara Khazanah kawasan Taiwan

Pada 13 Mac 2021, saudara Chua Jian Boon melantik Jennifer Hsing sebagai Pengerusi Persatuan Kembara Khazanah kawasan Taiwan merangkap Pengerusi Persatuan Kembara Khazanah bahagian bahasa Cina dan Inggeris.

Lukisan pertama Jennifer adalah Rakun Mark pada kertas peperiksaan pada 31 Mac 2021.[1]

Rumah Chua Jian Boon

Pada 7 Oktober 2021, golongan haram menggunakan cat merah percikan rumah Chua Jian Boon di Taman Putri Kulai dan melakukan gangguan mesej, di samping itu mengancam akan membakar rumah Chua Jian Boon di Taman Putri Kulai dan Kedai Teh Buih milik Chua.[2] Pejabat CarPlus Tai Choo Yee di Selangor dan kediaman rasmi Jennifer Hsing di Taipei juga diintimidasi dengan cara yang sama oleh golongan tersebut. Pada 8 Oktober 2021, MCA Bahagian Kulai mengeluarkan kenyataan bersama menyokong Chua Jian Boon, Tai Choo Yee dan Jennifer Hsing.[3] Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Johor, Dato Lim Pay Hen juga menyeru seluruh rakyat menjadi benteng sokongan kepada Chua Jian Boon, Tai Choo Yee dan juga Jennifer Hsing.[4]

Pada 21 Jun 2022, Jennifer Hsing melalui bidang kuasa budi bicara beliau sebagai Pegawai Kanan Pertama Hal Ehwal Pentadbiran melantik seorang Pegawai Kanan Hal Ehwal Pentadbiran (Bahasa Korea) merangkap Pengerusi Persatuan Kembara Khazanah kawasan Korea.

Berkaitan